Wednesday 21 December 2011

15 TANDA-TANDA KEMATIAN MULIA



Foto : Meninggal Dunia Ketika Sujud

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika meninggal dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

RAHSIA KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


KISAH WALI ALLAH DENGAN PEROMPAK

Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal.Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja.Tidak ada seorang pun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan keji itu.

Pada suatu malam, perompak itu telah berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu.Setelah puas dia menggeledah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga.Apa yang didapatinya adalah sebuah beberapa bungkusan kain.Diapun mengumpulkan kesemua bungkusan tersebut untuk dibawa keluar.

Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu,dia terasa terlalu penat lalu dia berehat.Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumah itu.Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat perlindungan, malangnya rumah itu tiada tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan.Maka dia cuma mendiamkan dirinya di dalam kegelapan rumah itu.Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk ke dalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya.Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.

Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerana lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.

Kata orang tua itu “Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar”.Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.




Perompak itu berkata pula “Baiklah tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini”.

“Baiklah” sahut orang tua itu lalu mereka pun keluar dari rumah itu.Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu.Dia berjalan perlahan-lahan mengikuti perompak itu.Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua itu “Hey!!Orang tua,cepat lah sikit.Kita mesti sampai ke tempat aku sebelum matahari naik.Kalau tidak kita berdua pasti akan di tangkap.”

Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, perompak itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang.Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya.Bahkan kerapkali terjatuh.Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu.Maka perompak itu berkata “Sekarang kita telah sampai.Hai!!!orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.”Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata “Hai!!!anak muda, ambillah engkau ke semua barang itu.Aku tidak memerlukannya.

Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumah aku.Aku fikir engkau tentulah orang yang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri.Aku harap barang-barang ini kelak akan meringgankan sedikit bebanan engkau.Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah ke rumah aku”.




Setelah orang tua pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercenggang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.Dia bergitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa itu.

“Apakah benar apa yang aku alami ini.Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku.Setelah itu, dia menjemput aku datang ke rumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi.Ah!!!!!.......pelik sungguh orang itu,bisik hati kecilnya”.

Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang.Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu,, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?”.Sambil tersenyum lelaki itu menjawab “Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk disini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid”.

Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas dia pun menyesal di atas segala perbuatannya terhadap wali itu .Tanpa berlengah lagi ,dia terus masuk ke rumah ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah itu , dia terus sujud di kaki wali Allah Junaid sambil menangis.Dengan tersenyum, wali Allah Junaid terus memaafkannya.

Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yeng penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakwa.Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat.Jikalau Allah menghendaki dia jadi baik, insyaAllah akan menjadikannya orang baik malah lebih baik. 

Tuesday 20 December 2011

KENALI SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA


Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.[nb 2] Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.[nb 3]

Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.[nb 4] Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.[nb 5]

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez

Monday 19 December 2011

"ALA YANG PAKAI TUDUNG BELUM TENTU BAIK"



Selalu yg ckap mcm tajuk ni adalah perempuan yang merasa dirinya masih xckup baik or dlm makna kata masih rasa diri belum ckup sempurna untuk memakai tudung... n org ni dalam kumpulan tak memakai tudung no- 3 iaitu yg famous dgn alasan belum sampai seru....
Setiap hati pasti merasa gundah dan bersalah namun kita yang memilih seperti di bawah ni:

1) tnggulah aku kawin baru pakai
2) tnggulah aku ada anak baru pakai
3) tnggulah aku tua baru pakai...

Padahal semuanya alasan yang bermula dari satu perkara tidak berusaha utk berubah... Korang nak tggu seru?? sampai bila? setiap saat tak pakai tudung tu adalah dosa xmsuk lagi dgn ngumpat n mcm2 lagi....
Percayalah syurga takkan menunggu kita utk berubah dan menuju ke arahnya...
dan yang pastinya dalam Al-Quran pun ada menyatakan Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya...

Dah kalo nk tggu seru je... mane usahanya?
Macam manalah nak dpt seru... dan izin dari Allah swt utk hati kita berubah or tergerak untuk berubah...
Berusahalah untuk mula berubah...
1) Xnk pakai tudung lagi? beli je tudung simpan dalam almari...
Sekurang2nya bila bersiap tu tgok tudung teringat la skit diri ini masih xberubah lagi...
2) Kalo nk pakai tapi segan.. pakai je sorang2 dlm bilik... biar diri selesa dan yakin..
buatlah apa2 pun yang boleh wat korang suka pakai tudung... memg soalnya bukan suka ttg pakai tudung ni tapi hukum tapi sekurang2nya usaha itu ada.. dari xpenah pegang tudung pun selma hidup ini..
Biarpun sekecil 1 nano zarah usaha anda Allah swt mengetahuinya walaupun tidak tiba2 terus pakai tudung sekurangnya mulalah berfikir ttgnya.. MULAkan usaha anda..


Dan pada yang memakai tudung semata-mata fesyen aku pasti terdetik sekelumit dlm hatinya tudung ini bukan fesyen semata-mata...
Tak kira la pakai sebab fesyen or apa yg pakai tudung sekurang2 nya kurang dosa skit dari yang xpakai kn? itu mmg fakta....

YANG XPAKAI??? xknal maka xcinta... kalo dah memang xpenah nk try2 pakai tdung mcam manalah nak suka dan selesa pakai tudung....

Islam itu memudahkan... yang menyusahkknnya adalah manusia... kerana ego, keinginan membangga diri berlebihan, nafsu yang membuatkan akal untuk memilih untuk memakai tudung ditolak tepi oleh beberapa perkara ini...

Lastly... pada aku hal ini seperti orang xsmbahyang kata pada orang sembahyang>>>

"ALa ko sembahyang pun belum tentu masuk syurga"

"Ala yg pakai tudung belum tentu baik"

Akhirkata...

TEPUK KEPALA TANYA AKAL - nak kepala di bakar Api neraka ke xnak??

Sunday 18 December 2011

TAHUKAH ANDA APA YANG MENCANTIKKAN WAJAH?



Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulama-ulama yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekalian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya.Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu sangat menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan serta kacak. Lalu ia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?."

"Benar tuan, sungguh saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi: "Kalau saya bercakap saya tidak bohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya dengar. Kalau saya berjanji saya tepati dan jika saya diberikan sesuatu amanah saya tidak khianat."Mendengar jawaban itu, maka berkatalah Ahnaf: "Benar seperti katamu wahai orang muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia." 

ANAI-ANAI MEMAKAN AL-QURAN TETAPI .. ?



Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI -ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun.keseluruhan kulit naskah Al Quran dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI -ANAI termasuklah TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDUA. APA YANG MENAKJUBKAN ialah..anai-anai tersebut
LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QURAN YANG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB....SUBHANALLAH (Maha Suci Allah) !!



Saturday 17 December 2011

ADA APA DENGAN JARI KITA?



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Friday 16 December 2011

ANTARA MASJID DAN RUMAH PELACURAN



ADA DUA LELAKI. Keduanya adalah saudara kandung. Lahir di dlm keluarga yng taat beragama.Namun perilaku dua orng itu berbeza.

Yang tua,sejak kecil dikenal baik,alim dan ahli ibadah. Ia tidak suka menyakiti orang lain.Tidak suka huru-hara.Tak pernah mnyentuh gelas minuman keras(arak) apalgi meminumnya.Waktu mudanya bnyk dihabiskn di masjid.Ia juga tidak ske bergaul dngn wanita yng bkan mahramnya.Pernah ia dirayu seorang gadis cntik yng masih sepupunya,nmun dia teguh dlam keimanannya.Kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yng mulia,dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.

Sedangkan adiknya,sngt berbeza dgn abngnya.Sejak kecil dikenal nakal.Sejak remaja sudah biasa masuk tmpt maksiat.Rumah pelacuran adalah tmpt biasa ia mangkal.Hampir setiap hri dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacurannya miliknya itu.Kadang-kadang dia juga ikut sekumpulan perompak, untuk merampas harta orang lain. Ketika merompak ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan . Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu ketika, sang abang yang alim dan ahli ibadat merenung sendirian. Tiba-tiba nafsunya berkata padanya:

"Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat. Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sekali engkau datang ke tempat pelacuran iaitu tempat adikmu. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud. Bukankah Allah SWT maha Pengampun?"

Pujukan hawa nafsu ternyata masuk dalam fikirannya. Ia berkata pada dirinya:

"Benar juga, Kenapa aku tidak pernah menghibur diri? Hidup cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di tempat pelacuran adikku. Setelah itu, aku pulang dan bersujud kepada Allah SwT. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sementara itu, di rumah pelacuran adiknya merenung:

"Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa. macam-macam maksiat telah aku lakukan. Keluarga dan masyarakat telah membenciku. Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku? Bagaimana jika esok aku mati? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa-dosa ku? Malam ini selepas maghrib, aku ingin ke Masjid tempat abangku beribadat. Aku mahu bertaubat. Semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosaku."

Maka, setelah malam menjelma, mereka pun melaksanakan niat masing-masing. Sang abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala sang adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu.Mereka menggunakan jalan yang berlainan sehinggakan mereka tidak bertemu di perjalanan.

Sampai di tempat pelacuran, Si abang mencari adiknya. namun tidak dijumpainya. Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada. Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari-penari di rumah pelacuran itu.

Di tempat yang lain, si adik pun sampai ke masjid. Dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya tetapi tiada di situ. Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada. Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak2nya dengan bercucuran air mata.

Tiba2 bumi bergoncang dengan kuat.

"Awas, ada gempa! ada gempa!" teriak orang di jalan. Semua orang panik. tetapi si adik yang sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya. Demikian juga si abang yang sedang terlena di rumah pelacuran.Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut. Gempa bumi tersebut menyebabkan banyak bangunan roboh termasuklah masjid dan rumah pelacuran.

Keesokan harinya, si abang di temui mati di bawah runtuhan rumah pelacuran disamping wanita-wanita penari dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya.

Masyarakat yang tahu hal kedua adik-beradiknya itu menitiskan air mata. Mereka tidak henti berfikir,orang yang selama ini dikenali ahli ibadat kenapa boleh mati dengan cara yang demikian tragisnya.Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga.Bahawa kematian boleh datang bila bila saja.Hanya ALLAH yang tahu.Maka jangan sekali kali menurut hawa nafsu,siapa tahu saat menurut hawa nafsu itulah saat itulah maut menjemput.na'udzubillahi hi min dza lik. bahwa niat baik harus dijaga,agar ALLAH S.W.T menganugrahkan akhir hidup yang indah dan diredhai. 

"YA ALLAH KURNIAKANLAH KPADA KAMI KETEGUHAN DAN KEISTIQOMAHAN BERADA DALAM JALANMU.KURNIAKANLAH KPD KAMI HUSNUL KHOTIMAH AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

RENUNGAN HARI JUMAAT: IKTIBAR DARI SEEKOR CICAK



Cicak Oh Cicak!!!

Dia makan serangga yang terbang. Tapi dia sendiri tidak boleh terbang. Kalau ikut hukum akal, dia akan mati tak makan. Tapi rezekinya tetap ada. Serangga yang menjadi makanannya akan terbang berhampiran dengannya sehingga dia boleh menangkapnya. Siapakah yang merencanakan supaya serangga itu terbang mendekati cicak itu sedangkan dunia ini luas terbentang untuk mereka terbang. Allah yang menjadikan cicak dan Allah menjamin rezekinya. Allah maha besar rahmatNya dengan tidak membiarkan dia mati kelaparan.

Selanjutnya kalau kita fikirkan cara hidup cicak ini lagi menakjubkan kita akan kebijaksanaan dan kesempurnaan ciptaan Allah. Dia berjalan dengan belakang ke bawah. Dia tak pernah terjatuh, kecuali sudah sampai ajalnya. Sedangkan kita yang berjalan tegak di atas muka bumi ini entah berapa kali tersembam.

Lihat pula kejadian fizikal dia. Ekornya boleh putus tanpa memudaratkan dia. Kalau kaki kita putus macam tu, mungkin tiga bulan menjadi penunggu hospital

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM ITU?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."




"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN - WAJIB BACA



Pertunangan dan Perkahwinan

KEMERIAHAN majlis pertunangan masih terasa walaupun saudara-mara dan jiran tetangga mulai beransur pulang. Bau harum bunga rampai mengisi segenap ruang rumah itu.

Azian membelek-belek sirih junjung yang disusun dalam bentuk mahkota. Kemudian dia beralih pula pada gubahan halwa betik yang diukir cantik.

"Amboi! Kak Yan. Bertuahlah si Murni. Orangnya lawa. Hantaran mahal. Setakat ni, dialah yang dapat hantaran paling tinggi kat kampung ni. Anak imam Hasan yang bertunang baru ni pun cuma empat ribu saja," jolok Zabedah. Tangannya menjamah sebiji buah prun daripada gubahan berbentuk landak.

"Aku ni bukan apa, Bedah. Ini kenduri pertama aku. Anak perempuan pula tu. Biarlah meriah sikit. Nak tunggu si Manisah tu kahwin
, alamat berjanggutlah aku. Asyik nak sambung belajar saja. Nanti dah siap Ph.D pun solo lagi," jawab Azian dengan tersenyum lebar.

Murni yang duduk di sebelah ibunya hanya menjeling.

"Kak Yan, jangan buat-buat lupa pula. Saya dah cop nak andam si Murni. Nanti saya jahit baju songket baru. Biar Murni yang rasmikan. Kalau tak nak songket, boleh guna sutera sandwash ke, satin sutera ke, sutera Thai ke, renda Perancis ke. Pelamin pun saya nak buat design baru punya. Lagi hebat daripada anak YB yang kahwin baru- baru ni," kata Zabedah sambil menepuk-nepuk bahu Azian. Matanya bersinar-sinar.

"Aku serahkan kat engkau sajalah, Bedah. Pandai- pandailah kau atur. Janji terbeliak mata orang kampung tengok," ujar Azian tersenyum bangga.

"Cukup ongkosnya, bisa diatur," ujar Zabedah dengan ketawa mengilai.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa' ayat 36:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.


Dari tempat duduk di kantin kilangnya, Amir termenung memerhatikan sehelai daun kering yang terbang ditiup angin. Daun kering itu tidak ubah seperti dirinya kini. Dibawa oleh angin nasib yang entah bagaimana penghujungnya nanti. Dia masih dihantui oleh peristiwa kelmarin. Kelmarin yang diimpikannya sebagai gerbang kepada sebuah kebahagiaan namun rupa-rupanya menjadi satu permulaan kepada mimpi ngeri yang panjang.

"Bukan tujuan saya nak jual anak. Che Din faham- fahamlah. Harga barang sekarang makin mahal. Jadi dengan seikhlas hati saya minta hantaran RM9,000 serba berdiri untuk Murni. Satu lagi kakaknya, Manisah, pun belum kahwin
. Jadi untuk langkah bendulnya, saya pun nak minta serba berdiri. Ala orang perempuan. Nanti kecil hatinya."

Betapa pun lembut suara ibu Murni menuturkan kata-katanya namun di telinga Amir, ia umpama petir yang membelah bumi. Dia yang ikut sama dalam majlis peminangan dan pertunangan itu tersentak. Dia memandang wajah ayahnya yang kelat. Begitu juga ibunya yang duduk di sudut yang lain. Wajahnya yang tadi begitu anggun dan manis berubah menjadi gelisah. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia bertempik di situ. Tapi teringatkan Murni yang menangis-nangis memintanya masuk meminang segera kerana ada orang lain yang telah merisik-risik dirinya, Amir beristighfar berkali-kali.

"Amir, Murni tak tahu pun pasal hantaran sembilan ribu tu. Murni dah cakap dengan mak macam yang kita dah bincang. Mir, ini semua rancangan mak. Murni dah puas merayu kat dia. Tapi dia tetap dengan pendirian dia. Abah pun tak boleh buat apa- apa," suara Murni bersulam esak tangis kedengaran di hujung talian ketika dia menghubunginya petang kelmarin.

Amir melepaskan keluhannya. Dia tidak lupa bagaimana sepanjang dua jam dalam perjalanan pulang dari rumah Murni, tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut ayahnya. Wajahnya bersalut kekesalan. Ibunya pula sesekali mengesat air mata yang menitis secara diam-diam. Amir serba salah kini. Benar-benar tersepit. Antara perasaan sayang kepada Murni dan kemampuannya yang belum tentu dapat memenuhi permintaan ibu Murni.

"Mir, jauhnya engkau termenung. Dah sampai mana?" usik Hafiz. QC yang berusia lima tahun lebih tua daripadanya itu duduk di sebelahnya.

"Entahlah, bang. Pening saya dibuatnya. Orang nak kahwin seronok. Saya nak kahwin
, terperonyok."

"Dalam maknanya tu. Apa masalahnya? Murni? Duit? Kumpullah perlahan-lahan."

"Kalau seribu dua, senanglah nak cerita. Ini sembilan ribu. Dua kali serba berdiri pulak tu. Bertunang nak setahun saja. Saya nak bayar kereta, loan masa belajar kat kolej dulu lagi. Ini mak dia punya pasallah," keluh Amir seakan-akan melepaskan rasa marah.

"Abang dah rasa dulu, Mir. Tapi taklah teruk macam ni. Keluarga mentua abang sporting. Cuma sebab keluarga abang orang susah, terpaksalah abang buat pinjaman peribadi untuk hantaran, buat kenduri sikit, baiki rumah ayah abang yang dah nak rebah tu," ujar Hafiz mengimbas kenangan lalu. Setelah tiga tahun, dia kini masih dalam proses melangsaikan hutangnya.




"Pinjaman peribadi?" Mata Amir terbeliak mendengar perkataan itu.

"Abang pinjam RM15 ribu. Tempoh 10 tahun. Bulan- bulan abang bayar RM198. Nak buat macam mana? Harapkan duit simpanan, tak kahwin
la sampai bila-bila," ujar Hafiz sambil menggeleng- gelengkan kepalanya.

Amir hanya tersenyum pahit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

"Abang cadang kali ni nak buat kenduri kat depan masjidlah. Apa pandangan Jah?" tanya imam Hasan.

"Pelik bunyinya tu, bang. Kenapa kali ni nak buat kat depan masjid pulak?" tanya Khadijah sambil mengerutkan dahinya. Baju yang sedang dijahit sembat diturunkannya ke atas riba.

"Banyak kelebihannya, Jah. Alang-alang buat majlis akad nikah kat masjid, baik terus buat kenduri kat sana. Orang senang nak datang. Bila masuk waktu solat, tempat dah tersedia. Lagipun masjid kan rumah Allah. Cari berkat. Masing- masing tentu segan nak buat tak tentu hala. Pakai baju elok-elok. Cakap pun elok-elok. Taklah segan yang tak ada barang kemas tu nak datang. Jah tengoklah nanti. Kalau orang kampung dah sedar kelebihannya, tentu mereka pun nak buat kenduri kat depan masjid juga. Kita cuba hidupkan semula budaya menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti harian masyarakat Islam."

"Saya setuju, bang. Lagi elok kalau kita buat kenduri sederhana saja. Jangan membazir dengan benda-benda yang mahal. Tak perlulah pelamin, band, karaoke. Duit hantaran tu kita kasi semua pada Syikin. Nanti lepas kahwin, banyak dia suami isteri nak pakai duit. Nak mulakan hidup barulah katakan. Tak payah nak berhutang-hutang."

"Jah cakap macam tu, senanglah urusan abang. Nanti tinggal bincang dengan AJK masjid dan orang kampung macam mana nak uruskan majlis. Kita buat cara gotong-royong macam selalu."

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Azian tekun mencatatkan sesuatu. Sesekali jari- jemarinya yang pendek berisi pantas menekan- nekan mesin kira sebesar tapak tangan yang diletakkan di atas meja.

"Buat apa tu, Yan? Tekun benar nampaknya. Abang balik pun sampai tak perasan," usik Hamid bila mendapati isterinya tidak menoleh-noleh setelah lantai yang dipijaknya berbunyi.

"Ala. Yan tengah kira persiapan kenduri kita nanti. Kad jemputan, katering, sewa kanopi, mak andam, pelamin, bunga telur, kereta pengantin, jurugambar, video, deejay, kek pengantin, karaoke, penginapan rombongan besan, barang hantaran, baju pengantin..."

"Yan, kan tunangnya setahun. Lama lagi," tegur Hamid. Dia menambah kelajuan kipas angin sebelum menyandarkan tubuhnya ke sofa warna biru di ruang tamu rumahnya.

"Setahun tak lama, Encik Hamid oi! Yan dah selak banyak majalah pengantin. Macam-macam tip yang dia orang sediakan termasuklah fasal persiapan. Dalam setahun nak buat apa. Lagi lima bulan nak buat apa. Tiga bulan nak sedia apa. Abang orang lelaki apa tau. Ini bidang kepakaran orang pompuanlah!" tingkah Azian. Dia kembali menyambung kerja-kerjanya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa' ayat 37 - 38:

Dan Kami telah menyediakan untuk orang- orang kafir seksa yang menghinakan. Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riya' kepada manusia.

Hamid tersenyum nipis melihat gelagat isterinya yang begitu teruja hendak mengadakan kenduri kahwin
buat pertama kali. Baginya, kalau orang berpendapatan sederhana, kenduri yang akan diadakan pun sederhana juga. Tidak perlu bertanding dengan orang yang kaya-raya sehingga terpaksa meminjam bergolok-bergadai. Orang kaya mempunyai kemampuan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Namun ada juga yang mengadakannya secara sederhana kerana tidak mahu membazir. Walaupun pengantin digelar raja sehari tetapi apalah gunanya jika selepas itu dia menjadi hamba kepada hutang sepanjang usia perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra' ayat 26 - 27:

Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros- pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.




Hamid sedar sudah menjadi kebiasaan masyarakat hari ini yang berasa malu jika membuat kenduri kahwin
hanya secara kecil-kecilan. Bimbang dengan umpat keji masyarakat sekeliling. Sanggup pula berhutang untuk 'menutup' mulut orang. Alangkah baik kalau duit itu digunakan untuk membayar deposit membeli rumah atau membeli benda lain yang lebih bermanfaat. Namun pada hari itu, bukan masa yang sesuai untuk dia menasihati isterinya yang sedang ghairah hendak menimang menantu.

Zabedah mengeluarkan beberapa katalog pakaian pengantin dari laci meja tulisnya. Kemudian katalog itu diserahkan kepada Murni yang datang ke butiknya dengan ditemani oleh ibunya.

"Ini semua fesyen baru. Kebaya labuh, baju pendek potongan kembang, blaus pendek ala kebaya, baju Riau, gaun ala-ala baby doll pun ada. Badan engkau pun langsing. Takkan dalam tempoh lima bulan ni boleh membesar. Kalau naik pun sikit saja. Pandai-pandailah jaga badan. Nanti acik bagi petua-petua bakal pengantin. Ha. Yang ini pula rawatan kecantikan. Ada rawatan muka, rambut, urut, lulur, mandi rempah, mandi susu. kahwin
ni tak cukup dengan solek dan berdandan. Kalau badan bau tengit, alamat tak sampai sebulan. Lari laki engkau!" Becok mulut Zabedah menerangkan hingga Azian tidak sempat menyampuk.

Murni pula hanya mengunci mulutnya. Tangannya membelek-belek hambar setiap katalog yang disuakan kepadanya.

"Berapa harganya Bedah? Engkau dari tadi tunjuk macam-macam," Azian cepat-cepat bersuara sebelum Zabedah membuka mulutnya semula selepas menarik nafas buat seketika.

"Alah Kak Yan. Dengan Kak Yan, saya bagi harga istimewa. Murni pilih dulu, lepas tu baru kita kira. Jangan risaulah, Kak Yan. Kita kan dah lama kawan. Kak Yan dapat priority daripada saya. Pelanggan istimewa katakan," ujar Zabedah memberi jaminan. Tetapi hatinya berasa cuak bila melihat reaksi Murni yang dingin. Sejak tadi dia hanya membelek-belek katalog tanpa berkata sepatah pun. Dia bimbang Murni tidak berkenan dengan fesyen dan perkhidmatan yang ditawarkannya.


Murni duduk di tepi tingkap. Pandangannya dibuang jauh. Sejauh yang boleh. Mungkin sampai ke Jerman, mengekori langkah Amir yang semakin sayup.

"Murni, Amir minta maaf kalau tindakan Amir ni melukakan hati Murni. Amir tahu. Maaf ni tak mampu nak mengubat luka di hati Murni. Amir pun terluka. Dah lama Amir terluka sejak hari pertunangan kita. Tapi demi masa depan, Amir pilih jalan ni. Tawaran sambung belajar ke peringkat ijazah ni memang dah lama Amir tunggu. Lagipun kilang tempat Amir kerja yang bagi biasiswa. Amir tak boleh lepaskan peluang ni. Tanpa ilmu, manusia tidak ada nilainya. Bila Amir dah bergaji besar, mungkin itu yang akan membuka mata mak Murni pada Amir. Kalau ada jodoh, lepas Amir habis belajar nanti, kita fikirkan semula tentang hubungan kita. Tapi kalau dalam tempoh Amir belajar ada orang yang meminang Murni, terimalah. Jangan tunggu Amir."

Setitis air mata jatuh ke pipinya. Namun tidak sehebat tangisan ibunya yang bertukar menjadi raungan sebaik sahaja menerima berita itu. Rombongan daripada pihak keluarga Amir memohon ampun dan maaf kerana terpaksa menangguhkan rancangan mereka. Ayahnya menerima perkara itu dengan tenang dan tidak meminta apa-apa ganti rugi daripada pihak keluarga Amir. Hanya ibunya yang menjerit-jerit histeria selepas rombongan keluarga Amir balik. Ibunya berasa malu dan takut bukan kepalang. Sebahagian persiapan telah dibuat. Orang kampung juga sudah tahu yang dia merancang hendak mengadakan majlis perkahwinan Murni di Dewan Tun Idris.

Berita itu bukan sahaja menjadi tamparan hebat kepada Azian malah kepada Zabedah juga. Dia berasa sesak nafas kerana telah menolak banyak tempahan semata-mata hendak memberikan tumpuan terbaik untuk anak sahabat karibnya itu.

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara- perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

ISLAM BERKEMBANG PESAT DI JERMAN



Jumlah muslim di Eropah meningkat dari hari ke hari. Salah satu saluran TV Germany mengatakan bahawa dari tahun 2006 jumlah Muslim di Eropah semakin meningkat. Setiap tahun lebih dari 5000 orang yang masuk Islam.

Pada 2009, ada 4.3 juta muslim yang ada di Jerman yang merupakan 5.4 % daripada keseluruhan penduduk. Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di seluruh dunia dan agama ke-2 terbesar di Jerman.

Sebahagian besar Muslim Jerman menetap di Berlin. Ada lebih 77 masjid yang besar di situ dan 25 buah lagi di Munich. Kebanyakan masjid direka dengan indah dan ada lebih dari 2500 tempat untuk orang ramai bersolat (surau).

Terdapat 200 lagi buah masjid baru akan dibina di seluruh Jerman. Foto di atas adalah sebuah masjid baru yang bersifat futuristik, kini sedang di dalam proses pembinaan di Enrehfeld, Cologne.

Pada 20hb April 2011 yang lalu, lebih 2000 orang tempatan telah menghadiri forum umum yang telah menjemput Dr Bilal Philip untuk berceramah secara terbuka di Frankfurt. Lebih menggembirakan apabila 17 orang warga German telah melafazkan syahadah. Sememangnya Islam mempunyai masa depan yang sangat baik di sini sekiranya berlaku dakwah dan pendidikan secara terancang berjalan baik.

 Artikel iluvislam.com

Thursday 15 December 2011

PENYAKIT MISTERI APAKAH INI?



Secara detail tak dapat dipastikan penyakit apakah ini.Berat betul kita mata memandang penderitaan yg ditanggung beliau selama ini.Berat lagi rasanya beliau yg menanggung penyakit nie.Terasa kerdil ja,kita yg x uji sedemikian rupa pun bilamana diuji Allah dengan sesuatu musibah terus melenting dan berasa putus harapan nak teruskan hidup.

Misalannya,dewasa nie kita selalu membaca didada akhbar ramai yg sanggup bunuh membunuh,bunuh diri disebabkan putusnya cinta...aduh,,diuji Allah dengan putus cinta sudah putus asa untuk teruskan hidup.Fikir-fikirkanlah saudara-saudaraku...

Tuesday 22 March 2011

dawai sang sufi



Dawai Sang Sufi
(Al Futuhat)

Hidup adalah ibadah
Dalam ayat-Nya Allah berfirman,
Wama kholaqtul jinna wal insa illa liya'bududun
Lama aku tidak percaya dengan ayat ini
Fikirku aku hanya disuruh shalat, puasa dan dzikir
Apa lagi ketika aku berfikir tentang ayat,
Wa'bud robbaka hatta ya'tiyakal yakin,
Demi Allah, aku tidak sanggup untuk beribadah terus menerus...
Aku bingung
Aku takut
Aku lari dari pendapatku sendiri
Suatu hari aku bertanya kepada guruku
Guruku mengatakan, "Tidak salah pendapatmu, tapi kurang".
Ketahuilah.....
Dalam ayat lain Allah juga berfirman
Wala tansa nasibaka minaddunya
Dan La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Jelas Allah tidak hanya menyuruh kitauntuksholat dan puasa
Allah juga menyuruh kita untukmencari dunia
Bahkan Allah melarang kita untuk membebani diri kita dengan beban yang berat
Sehingga kita tidak mampu memikulnya
Walaupun itu ibadah
Ketauhillah.....
Ibadahitu bukan bentuk lahirnya
Banyak perkara dunia yang berubah menjadi amal dunia karena niat
Banyak perkara yang kadang menurut kita tidak ada nilainya tetapi
Disisi Allah sangat berharga
Engkau makan,minum, tidur, cari nafkah, menikah
Tetapi di niati untuk menguatkan ibadah
Itulah arti Wama kholaqtul jinna wal insa illa liyakbudun
Dan engkau dapat istiqomah sholat, puasa, dzikir
Dengan bantuan makan, minum dan menikah
Itulah artiWa'bud robbaka hatta ya'tiyakal yaqin
Jikaengkau sholat, puasa tetapi tidak makan dan minum
Pasti engkau akan mati
bukankah ini bunuh diri dan jelas tidak ibadah ?
Engkau hanya sholat, puasa dan dzikir tetapi tidak menikah
Sehingga suatu ketika terjerumus zina, apakah arti semua ibadahmu ?
Ingatlah Allah pencipta manusia dengan ukuran dan aturan
Janganlah engkau mempertahankan kebodohanmu
Janganlah engkau hancur hanya karena pemahamanmu yang salah
Dan ingatlah pesan Allah Alladzina yastami'unal qoula
Fayattabi'una ahsanah.....

Orang-orang yang mendengarkan pendapat
Kemudian mengikuti pendapat yang paling bagus
Merekalah yang diberi petunjuk Allah
Dan merekalah orang-orang yang beruntung.....

Monday 21 March 2011

PUISI BUAT KEKASIH



PUISI BUAT KEKASIH

Kekasih,
Aku gembira mengenalimu,
Aku selesa mendampingimu,
Aku ikhlas mencintaimu,
Aku bahagia menyayangimu…

Kekasih,
Terima kasih kerana
Memberi peluang untuk mencintaimu,
Terima kasih kerana
Sering meluangkan masa di sisiku,
Terima kasih kerana
Sentiasa membahagiakan aku,
Terima kasih kerana
Member kesempatan kepadaku untuk menjadi kekasihmu…

Kekasih,
Aku ingin kau tahu, hanya kau yang kucinta,
Tiada yang lain hingga hembusan nafasku yang terakhir…
I LOVE YOU FOR EVER!!

Nukilan:
AMNIE@MIRWA
Puisi Buat Kekasih

Sunday 20 March 2011

Sajak Maulidur Rasul

Sajak Maulidur Rasul

oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.